Tabung Kewangan Antarabangsa
Tabung Kewangan Antarabangsa

Tabung Kewangan Antarabangsa

Tabung Kewangan Antarabangsa (Bahasa Inggeris: International Monetary Fund, IMF) ialah organisasi antarabangsa yang menyelia sistem kewangan dunia dengan mengikut polisi makroekonomi negara anggota, terutama yang memberi kesan kepada kadar pertukaran asing dan imbangan pembayaran. IMF juga memberi bantuan kewangan dan teknikal kepada negara anggota yang menjadikan organisasi ini sebagai peminjam antarabangsa terakhir. Pertubuhan ini beribu pejabat di Washington, D.C., Amerika Syarikat.[1] IMF dibentuk pada tahun 1944 dalam Persidangan Bretton Woods, kemudian dirasmikan pada tahun 1945 dengan 29 negara anggota. IMF sejak awal bertujuan menjaga sistem kewangan antarabangsa. Negara anggota menyumbangkan dana dengan menggunakan sistem kuota. Suntikan dana tersebut dapat dipinjam oleh negara-negara yang mengalami kesusahan dalam hutangnya dan kewangannya.

Tabung Kewangan Antarabangsa

Tujuan Menggalakkan kerjasama kewangan antarabangsa, memudahkan perdagangan antarabangsa, menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang lestari, membuka hasil sumber kepada negara ahli yang menghadapi masalah imbangan pembayaran[1]
Organisasi induk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu[3][4]
Koordinat 38°53′56.42″N 77°2′39.21″W / 38.8990056°N 77.0442250°W / 38.8990056; -77.0442250Koordinat: 38°53′56.42″N 77°2′39.21″W / 38.8990056°N 77.0442250°W / 38.8990056; -77.0442250
Bahasa rasmi Bahasa Inggeris[2]
Pembentukan 7 Julai 1944 (75 tahun yang lalu) (1944-07-07)
Organisasi utama Lembaga gabenor
Ibu pejabat Washington, D.C., Amerika Syarikat
Laman sesawang imf.org
Kawasan Seluruh dunia
Kependekan IMF
Ahli 189 buah negara
Pengarah Urusan (Managing Director) Christine Lagarde
Kakitangan 2,700
Jenis Institusi kewangan antarabangsa